Tuesday 14 February 2012

Latihan Pengukuhan Kertas 1(PMR)

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. Jawab semua soalan.
Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan

 
Soalan 1 hingga Soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1.
"___________ tidak rela diperalat untuk kepentingan peribadi tuan," kata Rama yang mewakili rakan-rakan sekerjanya.
Kita
B  Kami
C  Kalian
D  Mereka

2.
Abang __________ lelaki buta itu menyeberangi jalan.
A  menuntun                        C  menarik
B  menolak                          membawa

3.
Pencalonan Encik Fuad sebagai ketua pemuda __________ dengan persetujuan ketua kampung.
A  ialah
B  adalah
C  tidaklah
D  bukanlah

4.
"Akan kutempuh segala rintangan yang mendatang dengan semangat yang ________," kata Nilam dengan penuh azam.
kental                             C  kukuh
keras                              kemas

5.
Pengusaha kantin menjadi __________ apabila penyelia kesihatan membuat pemeriksaan kebersihan.
A  huru-hara                        C  lintang-pukang
B  kelam-kabut                    serebeh-serabai

6.
Budak-budak suka bermain di bawah pokok ketapang yang __________ itu kerana redup.
renek                              C  pendek
kecil                               rendang

7.
Kemerosotan disiplin dalam kalangan pelajar adalah disebabkan oleh peraturan-peraturan sekolah yang __________.
A  cuai
ketat
tegas
longgar

Soalan 8 hingga Soalan 14
Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8.
Beberapa baris tiang elektrik sudah terpacak di tepi
                   A                            B                      C
jalan Kampung Solok Duku. Tiada kesalahan.
                                                        D

9.
Pendapat yang dikemukakan oleh pekerja-pekerja
     A                           B
itu sangat bernas dan berkesan. Tiada kesalahan.
                 C                                    D

10.
Peristiwa itu banyak memberikan pengiktibaran
     A                                                      B
kepada peserta ekspedisi yang tidak membawa

peralatan yang  lengkap. Tiada kesalahan
      C                                          D

11.
Ada golongan yang tidak bertanggungjawab yang
                                                     A
menggunakan kemudahan teknologi maklumat

dan komunikasi untuk menyebar fitnah.
  B                                     C
Tiada kesalahan.
             D

12.
Pembedahan  pemindahan jantung yang akan
                              A
dilakukan oleh doktor pakar itu teramat sulit untuk
      B                                            C
 dilaksanakan. Tiada kesalahan.
                                 D

13.
Calon-calon yang layak digalakkan memohon
          A                     B  
biasiswa yang ditaja oleh Yayasan Negeri masing-
                           C
masing. Tiada kesalahan.
                           D

14.
Sebelum melangkahi masuk ke dewan, seorang pengawal keselamatan telah memberikan sebungkus kotak kepadanya.
A  melangkah masuk dewan
melangkah masuk ke dewan
melangkah memasukkan dewan
D  melangkahi masuk ke dewan

Soalan 15 hingga Soalan 17
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15.
I   Kamu dikehendaki mengisikan butir-butir
    
peribadi dalam ruangan yang disediakan pada
     borang ini.
II  Kakak mengumpul butir-butir mutiara yang
     bertaburan di pangkuannya kerana rantai
     mutiaranya itu putus.
III Banyak butir-butir peluru bertaburan di tengah
     padang setelah askar-askar itu menjalani latihan
     menembak.
IV Butir-butir percakapannya tidak difahami
     kerana dia gagap.
A  I dan II sahaja
I dan IV sahaja
C  II dan III sahaja
D  II dan IV sahaja

16.
I   Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang
     pintu itu.
II  Filem yang menyayat hati itu memberi kesan
    
kepada penonton.
III Dia memotong rumput supaya halaman
     rumahnya ada kesan cantik.
IV Penyakit selesema burung memberi kesan yang
     buruk terhadap industri pemakanan.
A  I dan II sahaja
I, II, dan IV sahaja
C  II, III, dan IV sahaja
D  I, II, III, dan IV

17.
I   Pengetua mendahului taklimatnya dengan
     sebaris syair.
II  Dolmat berlakon dalam filem purba itu kerana
     wajahnya seperti orang mendahului.
III Dia dipilih menjadi ketua kerana markahnya
     mendahului kami.
IV Zaiton mendahului kami membayar yuran
     sekolah.
I dan III sahaja
I dan IV sahaja
II dan III sahaja
D  II dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21
Sebahagian daripada ayat berikut telah digarisi. Bahagian yang bergaris itu mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan A, B atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D

18.
Lelaki yang berdiri sebelah emak itu sedang melihat gambar kami.
A  berdiri sebelah emak sana
berdiri di sebelah emak sana
berdiri di sebelah emak itu
berdiri sebelah emak itu

19.
Berdasarkan pada bukti dan keterangan saksi, jelas sekali bahawa lelaki itu tidak bersalah.
A  Berdasarkan akan bukti
Berdasarkan bukti
C  Didasarkan pada bukti
Berdasarkan pada bukti

20.
Ramai pengantin berminat untuk menyewa baju pengantin berwarna merah hati.
A  Banyak pengantin yang berminat untuk
B  Banyak pengantin berminat untuk
Ramai pengantin yang berminat untuk
Ramai pengantin berminat untuk

21.
Kesesakan lalu lintas berlaku sebab kemalangan antara lori dengan bas itu.
A  ekoran kemalangan lori dengan bas itu
B  puncanya kemalangan antara lori dan bas itu
ekoran daripada kemalangan antara lori dengan
     bas itu
sebab kemalangan antara lori dengan bas itu

Soalan 22 hingga Soalan 24
Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal.

22.
Tetamu datang semakin banyak sebaik saja pengacara majlis mengumumkan penceramah akan sampai kira-kira lima minit lagi.
A  Ketika pengacara majlis mengumumkan
     penceramah akan datang lima minit lagi, tatkala
     itulah berduyun-duyun tetamu datang.
B  Sebelum penceramah sampai iaitu kira-kira lima
     minit lagi, pengacara majlis telah meminta tetamu
     datang beramai-ramai.
C  Kira-kira lima minit lagi barulah berduyun-duyun
     tetamu datang, iaitu sebelum pengacara
     mengumumkan penceramah akan datang.
D  Selepas pengacara mengumumkan penceramah
     akan datang kira-kira lima minit lagi, barulah
     tetamu datang berduyun-duyun.

23.
Gaji penjamin akan dipotong sekiranya peminjam gagal membayar hutang dan penjamin tidak dibenarkan membuat pinjaman di bank.
A  Penjamin yang gagal membayar hutang, gaji
     peminjam akan dipotong dan bank tidak
     membenarkannya membuat pinjaman.
Peminjam yang gagal membayar hutang
     menyebabkan gaji penjamin dipotong dan bank
     tidak membenarkan mereka membuat pinjaman.
Bank enggan memberi penjamin meminjam jika
     penjamin gagal membenarkan gajinya dipotong
     untuk membayar hutang peminjam.
Bank tidak membenarkan penjamin membuat
     pinjaman dan gajinya akan dipotong sekiranya
     peminjam gagal membayar hutangnya.

24.
Aktiviti berburu binatang untuk dijadikan barang hiasan dan bahan perubatan tradisional telah dikecam oleh masyarakat seluruh dunia.
A  Bidang perubatan tradisional dan barang hiasan
     telah dikecam oleh masyarakat di seluruh dunia
     kerana banyak binatang telah diburu.
Binatang-binatang yang telah diburu untuk
     dijadikan bahan perubatan tradisional dan
     hiasan telah dikecam oleh masyarakat di seluruh
     dunia.
C  Masyarakat di seluruh dunia mengecam
     pemburu binatang yang menjadikan hasil buruan
     mereka sebagai barang hiasan dan bahan
     perubatan tradisional.
Binatang-binatang di seluruh dunia yang diburu
     untuk dijadikan barang hiasan dan bahan
     perubatan tradisional telah dikecam oleh
     masyarakat.

Soalan 25 hingga Soalan 27
Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

25.
I   Sama ada awak ataupun dia, tidak patut
     membaca surat yang dikirimkan kepada saya.
II  Daripada awak membeli barang-barang di pasar
     raya, lebih baik awak beli di koperasi sekolah
     kita.
III Jangankan hendak berbual, apatah lagi
     memandang mukanya pun saya tidak mahu.
IV "Semakin banyak engkau berzakat, semakin
     banyak pahala yang engkau dapat," nasihat
     emak kepada kakak.
A  I dan II sahaja
B  II dan III sahaja
C  II dan IV sahaja
D  III dan IV sahaja

26.
I   Radio di atas almari itu dirosakkan oleh saya.
II  Belum berbuah lagi rupanya pokok-pokok
     mangga itu.
III Baju kurung yang labuh itu telah saya pakaikan
     kepada adik.
IV Kuih yang hangus itu telah terjual di gerai ayah
     pagi tadi.
A  I dan II sahaja                 C  II dan IV sahaja
B  I dan III sahaja                D  III dan IV sahaja

27.
I   Stadium yang baru siap itu mampu memuatkan
     penonton sebanyak 10 000 orang.
II  Pihak berkuasa akan menggantungkan lesen
     pemandu yang melakukan kesalahan trafik.
III Banyak pihak bimbang akan kejadian gunung
     berapi yang meletus di Indonesia.
IV Adi tertidur semasa siaran langsung bola sepak
     itu disiarkan setengah malam tadi.
I dan II sahaja
B  I dan III sahaja
C  II dan III sahaja
D  I, II, dan IV sahaja

Soalan 28 hingga Soalan 30
Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini.

28.
Peribahasa "ada sampan hendak berenang" bermaksud...
A  tiap-tiap usaha ada untung dan ruginya.
B  sengaja menyusahkan diri.
ada sesuatu yang tersembunyi sebalik sesuatu
     perbuatan.
D  untung dan malang seseorang tidaklah tetap

29.
Jika orang berbuat baik dengan kita, janganlah kita lupa akan kebaikannya itu. Jika tidak kita akan dikatakan...
A  bagai haruan makan anak.
seperti ulat lupa akan daun.
bagai mendukung biawak hidup
D  seperti anai-anai makan kayu.

30.
Peribahasa "menjolok sarang tebuan" bermaksud...
A  suka melakukan perkara yang berbahaya.
B  sanggup menghadapi cabaran atau dugaan.
C  rela bersusah sebelum berjaya memperoleh
     hasilnya.
D  sengaja mencari kesusahan atau bahaya.

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
       Aku menyusup masuk ke bawah sepohon sepam yang amat rendang. Di depanku terbentang sebidang paya yang luas. Sebenarnya aku bagaikan mencari-cari sesuatu. Tiba-tiba aku tertarik untuk berdiri di situ kerana ada empat atau lima orang anak kampung sedang bermain-main di bahagian tepi paya itu. Mereka menyimbah-nyimbah air sesama sendiri sambil ketawa. Keadaan sekeliling begitu tenang.
“Oooii ... tak mahu main dengan kami?” Tiba-tiba seorang budak perempuan berambut ketak-ketak panjang menegurku.
       Aku memandang tepat padanya. Bagaikan resapan aliran elektrik aku diserang ragu-ragu dan menjadi teragak-agak. Apakah harus aku jawab?
       Budak perempuan itu bergaun merah jambu yang sudah luntur warnanya. Wajahnya kecil dengan mata yang jernih berbulu lentik. Hidungnya agak mancung dan senyumannya yang melebar manampakkan giginya yang berbaris cantik. Dia berkulit hitam manis dan kelihatan mesra sekali.
       “Tak apalah.” Aku cuba pastikan suaraku tidak gugup dan tidak pula begitu sombong.
       “Eeiii ... takut pada air, ya?”
       “Tidak!”
       “Kalau tidak mengapa tidak mahu?”
       Apabila mendengarkan itu, aku melangkah perlahan-lahan ke arah mereka. Keadaan ini mungkin didorong oleh naluri bawah sedarku yang tidak rela dikatakan takut pada air. Mereka tersenyum-senyum menyambut aku datang.
       “Main apa?” tanyaku.
       “Macam-macam,” jawab budak perempuan itu.
       Ketika aku masih terpinga-pinga, tanganku ditariknya. Kami pun mula bermain. Mula-mula aku berasa agak kekok juga, tetapi, oleh sebab pandainya anak-anak kampung itu melayan dan bermesra, segala kekekokan itu cepat hilang. Tidak lama kemudian aku sudah berasa sebagai salah seorang daripada mereka. Kubiarkan kaki dan seluarku dipenuhi lumpur dan lumut. Bajuku sudah basah. Terasa suatu macam kenikmatan menyerap masuk ke dalam perasaan dan urat-urat darahku. Kawan-kawanku, anak-anak kampung itu, baik-baik tetapi bercakap bebas lampas belaka. Diam-diam aku mula membezakan mereka daripada kawan-kawan yang sombong-sombong dan terkongkong di kota. Kalau bermain serupa itu, akan menjeritlah ibu. Nanti lukalah, atau kalau bermain jauh-jauh takut dilanggar kereta. Alangkah terkongkong dan sempitnya tinggal di kota, dan betapa bebasnya hidup di sini.

 
(Dipetik daripada cerpen Capa Rengat, antologi
Gema Sepi Gadis Genius, Tingkatan 2,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

31.
Siapakah yang menegur “aku”?
A  Seorang lelaki yang menjaga paya itu.
B  Lima orang anak kampung yang sedang
     bermain-main di tepi paya itu.
C  Seorang budak perempuan yang berambut
     ketak-ketak panjang.
D  Seorang budak lelaki yang berkulit hitam manis.

32.
Mengapakah “aku” akhirnya mengambil keputusan untuk bermain bersama dengan budak-budak itu?
A  kerana aku” tidak mahu dianggap takut akan
     air
B  kerana “aku” mahu membuktikan
     keberaniannya sebagai anak kota
C  kerana budak-budak itu cepat mesra dengan
     “aku”.   
D  kerana budak-budak itu menarik tangan “aku”
     agar bermain bersama dengan mereka.

33.
Frasa Bagaikan resapan aliran elektrik dalam petikan merupakan gaya bahasa...
A  anafora
B  simile
C  metafora
D  personifikasi

34.
Antara yang berikut, manakah bukan perwatakan budak-budak kampung itu?
A  pandai melayan “aku”
B  mudah mesra
C  bercakap bebas lampas
D  sombong

35.
Apakah klimaks cerpen Capa Rengat?
A  “Aku “ berasa agak janggal dengan suasana di
     kampung.
B  Su menghadiahi “aku” bunga capa rengat.
C  “Aku” mengikut ibu pulang ke kota dalam
     keadaan sedih dan terpaksa.
D  “Aku” berkeras untuk tinggal di rumah Pak Cik
     Kinto.

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca pantun di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
 
Pantun Joget Pahang

Dari Melaka pergi Ke Pahang,
           Singgah di Johor beli berangan,
     Kami mengucap selamat datang,
         Apa yang kurang dikeji jangan.

Negeri Pahang aman sentosa,
      Kaya dengan tumbuh-tumbuh
Niat di hati nak buat jasa,
               Mudah-mudahan, Tuhan kabulkan.

Pukul gendang kulit kerbau, 
 Dalam majlis tari-menari,
Kami ini daganglah merantau,
          Mangharap belas orang di sini.

(Antologi Seuntai Kata untuk
Dirasa,tingkatan 2 DBP)




36.
Baris Apa yang kurang dikeji jangan pada rangkap pertama bermaksud…
A  tuan rumah akan berasa sedih sekiranya tetamu
     tidak bergembira bersama-sama keluarga
     mereka.
B  tuan rumah berharap agar tetamu tidak
     mengkritik sekiranya terdapat perkara yang
     kurang sempurna.
C  tetamu jangan mengumpat tuan rumah sekiranya
     layanan yang diberikan terdapat kekurangan.
D  tetamu tidak sepatutnya berasa tersinggung
     sekiranya keadaan rumah tuan rumah tidak
     selesa.

37.
Apakah yang diharapkan oleh perantau dalam rangkap ketiga?
A  Penduduk setempat menanti-nantikan
     kedatangan mereka.
Mereka dapat menyumbangkan sesuatu kepada
     masyarakat setempat.
Masyarakat setempat menerima kedatangan
     mereka.
Kedatangan mereka membawa kebaikan
     kepada penduduk setempat.

38.
Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam rangkap kedua.
A  kasih sayang                  C  baik hati
B  patuh pada janji              D  simpati

39.
Pilih pernyataan yang menerangkan tema Pantun Joget Pahang.
A  menghormati tetamu adalah amalan mulia
B  bijak menyesuaikan diri dengan jiran tetangga
bekerjasama untuk membantu orang susah
semangat muhibah apabila merantau di tempat
     orang

40.
Unsur bunyi pukul gendang kulit kerbau ialah…
A  diksi k.                           C  aliterasi g.
B  asonansi u.                      rima i.

3 comments:

  1. 1.b 9 .d 17.b 25.d 33.c
    2.a 10.b 18.c 26.c 34.d
    3.b 11.d 19.b 27.c 35.c
    4.a 12.c 20.c 28.b 36.b
    5.b 13.d 21.c 29.b 37.c
    6.b 14.b 22.d 30.d 38.c
    7.d 15.a 23.d 31.c 39.d
    8.b 16.b 24.c 32.a 40.a


    (Muhammad Nor Shalizam)
    3 oxford

    ReplyDelete
  2. 1.B 2.D 3.B 4.A 5.B 6.D 7.D 8.D 9.D 10.B

    11.D 12.A 13.A 14.B 15.B 16.B 17.B 18.C 19.B 20.C

    21.C 22.D 23.B 24.B 25.B 26.A 27.B 28.B 29.B 30.D

    31.C 32.A 33.B 34.D 35.B 36.B 37.C 38.C 39.A 40.B

    [Nurzaherah Ahmad Shaperi]
    ikan buntal
    3 Oxford
    MRSM Pendand

    ReplyDelete
  3. Mohon izin guna bahan ini sebagai rujukan ya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...